Lana Nodin Rancang Adakan Majlis Kesyukuran Buat Billy
Selamat menjalani proses pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu, Lana Nodin memberitahu anaknya, William Daud Mckienzie sudah berada dalam keadaan stabil dan memberi reaksi positif.
BACA: Lana Nodin Bersyukur Anak Selamat Jalani Pembedahan
“Billy sudah buka mata dan boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan. Cuma, dia masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Alhamdulillah, Billy memberikan maklum balas positif”
“Sejak semalam, saya sudah memberikannya susu badan meskipun menggunakan tiub. Dia juga sudah buang air besar. Insya-Allah, hari ini baru berjumpa doktor. Kalau semuanya okey, Billy akan dipindahkan ke wad biasa”
“Saya juga dimaklumkan jururawat bertugas, Billy sangat aktif. Kalau terjaga, dia nak ada orang berborak dengannya. Sebab, kebiasaannya saya memang suka ajak berborak dan dia akan ajuk semula”
Dalam masa yang sama, Lana turut berkongsi rasa sedih anak sulungnya, Gia Quinn McKienzie yang sering bertanyakan tentang keadaan Billy. Kongsi Lana lagi, Gia turut menangis apabila ditunjukkan gambar adiknya.
Tempoh hari anak kedua Lana yang berusia dua bulan terpaksa menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan. Semoga anak Lana diberikan kesembuhan cepat. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
syukur dah stabil…semoga anak Lana terus diberikan kesembuhan…semoga Lana sekeluarga juga diberikan kekuatan
Aamiin YRA syukur Alhamdulillah..smoga anak kecil ini cepat sembuh n dipermudahkn segala urusan untuk Lana n keluarga.
T.Kasih Allah panjangkan usia bayi comel ni..
Buat aqiqah/ksyukuran ye, bagi para tetamu buah tangan mcm org kawen tu, di dlm setiap kotak tu ada yasin dan etc..
org baca marhaban bagi juga duit (semua yg menyertai bacaan di waktu tu shj dn mereka2 ni ada spesial hadiah ye)
hehehehehhe..kami pun buat mcm tu itu hari..best
sambung lagi, di mydin byk terdapat bekas2 tu..murah dn berbaloi
Doa yg baik2..
Alhamdullilah! Syukur yg atas semuanya ckp yg elok2.. bgus kalo semua Komen mcm ni kt rotikaya.. sedap mata yg membacanya.. harap rotikaya blehla delete komen2 yg tdk elok di ruangan ini…
Betul tu Nab…
Alhamdulillah..moga baby billy cepat sihat.. dan dpermudahkan semua urusan