Lana Nodin Dipuji Cantik Persis Anak Patung
Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Lana Nodin. Baru-baru ini, Lana dilihat ada memuat naik gambar terbarunya di Instagram.
Umum mengetahui, tahun lalu Lana memberitahu dia menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.
BACA: Lana Nodin Dedah Kos Bedah Hidung RM166,000, Guna Tulang Rusuk Ganti Silikon
@lananodin morning vibe….selamat berpose???
Perkongsian foto Lana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu yang tidak ubah seperti anak patung. Malah, rata-rata pengikutnya di Instagram turut memuji pelakon itu mirip artis Korea.
“Ya Allah, cantiknya,” puji seorang pengguna Instagram.
“Semakin cantik Lana,” kata seorang lagi peminatnya.
“Comel!” ujar seorang netizen.
Terdahulu, Lana mengaku dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan semula hidung yang telah senget akibat kemalangan sewaktu di bangku sekolah. Menurut Lana dia perlu memasukkan plastik pada hidungnya secara berkala selepas hidungnya pernah patah.
- SUMBER
- Kosmo
Rupa anak patuh ko cucuh api lut ke tidak? Kalu terbako ha rupa kayu balak ke rupa biawak pasir ke xde makna pun di sisi Tuhan.
Guna filter boleh ler…Aku klau guna filter pn setanding bidadari sobat!?tpi yg PENTING HIDUNG AKU ORIGINAL SOBAT… MANCUNGGG
korg taw tak tiktok ni ada filter?
Org fb insta mn tau tt punye filter power giler. Boleh nmpk muka mcm korea umur 20 tahun kalo nenek aku umur 80 tahun pakai hahahah. Jgn amik serius sgt bila tgk gmbr or video kat media social.
Hukumnya HARAM..mengubah kejadian asal yg Allah dah buat tak kira atas apa alasan pun…