fbpx

Baru-baru ini, pelakon Lana Nodin memberitahu bahawa dia baru saja menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.

Dalam perkongsian tersebut, dia menyatakan keadaan hidungnya tiada lagi bengkak atau lebam di bahagian wajah selepas hari ke-15.

BACA: Lana Nodin Selesai Jalani Pembedahan Hidung Di Korea Selatan

Terbaru, Lana ada berkongsikan video membuka balutan bekas pembedahan itu serta menjelaskan keadaan sebenar hidungnya selepas pembedahan.

Memetik mStar Online, Lana yang berkongsikan menerusi siaran langsung di TikTok berkata dia mengeluarkan belanja sebanyak RM166,000 bagi menjalani pemnedahan tersebut.

Katanya lagi, kos tersebut agak mahal kerana dia menggunakan tulang rusuknya menggantikan silikon atau plastik yang bersifat kekal.

“Kos keseluruhan kira-kira RM166,000… kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tiada darah yang terkeluar daripada hidung.

“Kenapa tulang rusuk? Sebab saya tak mahu berulang kali buat. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka an buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal,” katanya.

Dalam pada itu, Lana berkata itu adalah pembedahan  kali keempat dilakukan bagi membetulkan hidungnya yang senget selepas terlibat kemalangan motosikal ketika berusia 19 tahun.

Menurut Lana lagi, menerusi pembedahan sebelum ini menggunakan silikon atau plastik namun sering mengalami jangkitan sehingga terpaksa ditukar.

“Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.

“Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang,” katanya.

Dalam pada itu, Lana juga memberitahu dia sudah izin daripada suaminya, Mohd Daud McKienzie  dan juga ahli keluarga sebelum melakukan pembedahan tersebut.

“Arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tiba-tiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk!

“Kalau saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kecam, saya tahu saya bukan artis kegemaran korang,” katanya.