fbpx

Lana Nodin Bersyukur Anak Selamat Jalani Pembedahan

Diuji dengan ujian yang begitu besar kali ini, Lana Nodin memanjat rasa syukur selepas anaknya, William Daud McKienzie yang berusia dua bulan, selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara semalam.

BACA: Jantung Anak Terhenti 10 Minit, Lana Nodin Mohon Doa Orang Ramai

Khabar gembira berkenaan disampaikan sendiri oleh Lana, serta ditemani suaminya Daud McKienzie menerusi laman Instagram Melodi. Menerusi rakaman itu, Lana mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya.

“Alhamdulillah tadi anak saya baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan anak saya selamat. Alhamdulillah kerana doa-doa anda sema, anak saya selamat. Kali ini kami berdua sambut berita ni”

“Alhamdulillah syukur. Saya tak sangka ramai rakan artis, pihak media, rakan-rakan mendoakan anak saya. Saya tak sangka, tak pernah upload gambar anak saya tapi mereka sayang anak saya, terima kasih,” katanya sebak.

Terdahulu jantung anak Lana yang mempunyai masalah masalah injap (Aortic Stenosis) terhenti secara tiba-tiba selama 10 minit hingga pembedahan terpaksa ditangguhkan kepada semalam. (rtky/w)