fbpx

Lan Pet Pet Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf

Minggu lalu, kecoh di media sosial pelawak terkenal, Lan Pet Pet membelasah dan seorang pengawal keselamatan warga emas. Mengaku kesilapannya itu, Lan berhasrat mahu berjumpa dengan Yahya Manap atau Pak Ya untuk memohon maaf.

Jelasnya lagi, dia sanggup berhadapan dengan Yahya dan menerima apa sahaja reaksi daripada pengawal keselamatan tersebut.

BACA: Pak Ya Tak Puas Hati Lan Pet Pet Didenda RM2,000

“Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja… Saya silap dan bodoh ketika itu.

“Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf. Selebihnya terserahlah kepada Yahya… Saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

Lan Pet Pet berkata, dia tidak menjangkakan insiden tersebut dan menghormati Pak Ya seperti ayahnya. Ujarnya lagi, dia berjanji untuk menyelesaikan segala kemelut dengan segera dan akan bertemu dengan Pak Ya.

“Saya tidak sengaja bertindak sedemikian. Saya hanya manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Bagaimanapun, salah faham yang berlaku membuatkan saya tidak sengaja bertindak di luar batasan.

“Apa yang berlaku, biarlah saya simpan dalam hati. Saya belum bersedia mahu berkongsi, berikan saya tempoh untuk bertenang dahulu.Ketika ini, fikiran saya serabut, banyak urusan yang kena selesaikan… Saya perlukan masa.

“Saya berjanji akan meleraikan kekusutan ini dengan segera. Keluarga dan rakan baik juga menasihatkan saya bertemu dengan Yahya,” katanya.

Dalam pada itu, Lan memohon maaf kepada semua dan berkata kejadian yang berlaku itu banyak mengajar dirinya serta berjanji tidak akan mengulami kesilapan sama.