fbpx

Lan Kristal & Isteri Sambut Kelahiran Anak Perempuan Kedua

Satu perkhabaran gembira kami terima petang ini daripada vokalis kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yosof dan isteri Nur Sheila Hassim.

Menurut SMS ringkas Lan kepada media, isteri beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 5.29 petang hari ini di sebuah hospital swasta.

Kelahiran terbaru ini merupakan puteri kedua dalam hidup pasangan ini yang mula di’bina bersama sejak tahun 2010 lalu selepas bercinta hampir 10 tahun.

Bayi perempuan yang masih belum kami ketahui nama’nya ini lahir dengan berat 2.8kg. Tahniah buat Lan Kristal & Sheila atas kelahiran ini. Semoga murah rezeki & semakin berbahagia.