fbpx

“Lama Tak Jumpa Isteri, Peluk Cium Hilang Rindu”

Kecoh seketika laman sosial baru-baru ini gara-gara pasangan kesayangan peminat ini kelihatan sungguh intim. Tidak mudah melatah, Fattah Amin menjelaskan perkara sebenar berkaitan perkara tersebut. Boleh tahan juga Fazura dikecam gara-gara terlihat ‘gersang’ di mata netizen.

BACA: Fattah Amin Kongsi Pesan Imam Syafie, Tutup Komen

“Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial. Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadan ia sebenarnya di luar kawalan saya”

“Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi,” jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu menurut pandangan Fattah seeloknya sebagai seorang teman, sepatutnya bertanyalah terlebih dahulu sebelum memuatnaik apa yang dirakamkan tersebut. Oleh sebab itu dia akan lebih berhati-hati selepas ini agar perkara sama tidak berulang lagi.

“Saya dan Fazura dah lama tak jumpa jadi apabila kami bertemu di tempat awam kami teruja. Sebagai suami-isteri, salam cium tangan itu biasa dan saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu”

“Apabila ada rakan-rakan memuat naik video kami ia bukan bererti mereka berniat tidak baik tetapi selepas ini saya akan minta mereka berhati-hati. Sekurang-kurangnya bertanya terlebih dahulu tentang video yang ingin dimuat naik agar tidak timbul lagi salah faham seperti ini,” katanya lagi. (rtky/s)