fbpx

Fattah Amin Kongsi Pesan Imam Syafie, Tutup Komen

Tidak pasti ianya ada kaitan atau tidak tetapi posting terbaru Fattah Amin di Instagram mengenai pesanan Imam Syafi’i mengundang spekulasi dikalangan peminat. Ada yang mendakwa pesanan tersebut dimuat naik khas kerana insiden video ‘terlebih sweet’ mereka.

BACA: “Kenapa Fazura Nampak Gersang Sangat?”

Selain memuat naik posting berkenaan, Fattah juga turut menutup ruangan komen gambar berkenaan. Tindakan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa ianya berkaitan dengan komen-komen pedas peminat mengenai video terbabit.

Pun begitu kerana Fattah tidak menutup ruangan komen pada gambar lain, peminat mula bertelagah sesama sendiri disitu pula. Ada yang mempertahankan pasangan itu dan ada juga yang terus mengkritik aksi kurang sopan mereka.

Terdahulu aksi terlebih romantis pasangan itu mula dikecam ramai apabila ianya dilakukan di tempat awam pada bulan Ramadhan. Ramai mendakwa tindakan mereka berlebihan tidak sesuai dengan penampilan Fazura yang kini berhijab.

Mungkin Fattah enggan terkesan dengan kata-kata peminat dan seterusnya mengambil tindakan menutup ruangan komen. Apapun semoga Fattah dan Fazura mengambil iktibar dari insiden itu. Mungkin peminat marah kerana tidak mahu reputasi pasangan ini tercalar. (rtky/w)