fbpx

Lalui Situasi Hampir Sama, Ammar Alfian Sentiasa Sokong Sharnaaz

Tahun 2019, banyak juga pergolakan rumah tangga selebriti yang menjadi bualan ramai antaranya kes perceraian Sharnaaz Ahmad dimana isterinya, Noor Nabila menfailkan perceraian namun pelakon itu enggan menceraikannya.

Bukan itu saja, hangat diperkatakan tentang pelakon Ammar Alfian apabila isterinya, Nelissa Neezam mendedahkan suaminya itu curang ketika dia sedang sarat hamil 6 bulan.

BACA: Hanya Dibenar Melawat, Sharnaaz Harap Anak Tak Lupakannya

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Instagram, Ammar Alfian mengimbau kembali hubungan persahabatannya dengan Sharnaaz yang terjalin sejak tahun 2008 menerusi drama ‘Tari Tirana’. Malah, hubungan mereka rapat seperti adik beradik.

Dalam pada itu, Ammar menambah kedua-dua mereka juga sedang melalui situasi yang sama dalam kehidupan peribadi mereka, seolah merujuk kepada kemelut rumah tangga bersama pasangan masing-masing.

“Kami telah lalui jatuh bangun dalam industri. Dibuang dan dipergunakan tapi kami masih berdiri, masih lawan. Tapi Allah tahu kami adalah fighter dan survivors. Tuhan tahu kami boleh terima kesakitan dan ujian ini.

“Aku sentiasa ada untuk kau dan sebaliknya. Goodluck untuk filem baru kamu dan selepas itu, kita jumpa di Jeb The Movie dan Paskal 2. Kita tunjuk siapa kita sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, kes cerai Sharnaaz dan Noor Nabila masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara. Manakala, Ammar dan isterinya masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.