fbpx

Hanya Dibenar Melawat, Sharnaaz Harap Anak Tak Lupakannya

Kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi sejak beberapa bulan lalu. Terbaru, kes pasangan tersebut masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara.

Sering berkongsikan isi hatinya di media sosial, baru-baru ini status dikongsikan Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu mengharapkan anaknya, Jebat Jayden tidak akan melupakannya.

BACA: “Masih Pelihara Aib Walaupun Diri Dilondeh Bogel Dengan Fitnah”

Menerusi status itu juga, Sharnaaz memberitahu ketika ini dia hanya boleh melawat Jebat seperti yang diminta oleh pihak sebelah sana. Bagaimanapun, Sharnaaz berkata dia tidak akan mengalah dan akan mendapatkan haknya kembali sebagai seorang bapa.

Perkongsian Sharnaaz itu mengundang rasa sayu dikalangan netizen, malah ada yang rasa kasihan di atas apa yang menimpa pelakon itu. Tidak kurang juga ada yang meminta pasangan tersebut berbaik demi anak seperti yang dilakukan oleh Fizo Omar dan Mawar Karim.

Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri.