Lakonan Makin Mantap, Fattah Amin Akui Fazura Banyak Bagi Nasihat
Sebelum ini pernah digelar pelakon kayu, namun kini ramai yang memuji lakonan Fattah Amin yang dilihat semakin hebat lebih-lebih dalam filem Mat Kilau.
Memetik mStar Online, Fattah berkata dia banyak belajar daripada pengalaman serta isterinya, Nur Fazura banyak memberi nasihat apatah lagi aktres itu lebih berpengalaman.
BACA: Netizen Dakwa Fattah Amin ‘Awkward’ Di Pentas, Ini Reaksi Sharnaaz Ahmad
“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini dan isteri saya merupakan penyokong kuat serta banyak bantu beri nasihat daripada segi karier, lagipun dia memang berpengalaman dalam industri ni,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah menyifatkan lakonan juga seperti menjual produk dan dia perlu membuat kelainan agar dapat ‘menjual’ bakatnya.
“Berlakon ni umpama produk kerana kalau nak jual sesuatu produk tu… tambahan pula banyak produk lain yang bersaing, jadi saya perlu buat sesuatu.
“Saya perlu terapkan elemen unik dan lain supaya dapat jual bakat dan karya untuk bergelar seorang pelakon hebat,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Jujur ckp kalo tngk pelakon2 sezaman dgn ko aku rasa Syafik Kyle lg bnyk improve. Ko Syahrul, Fendy Bakar, Idris Khan dan beberapa org yg asal dari hero remaja yg aku x ingt nama level2 tu jugak. X ketara sngt pun improvement. Tp biasa laa kdg2 bila dah makin matang, karekter tu akan keluar sendiri terutama bila dah jd suami dan bapa. Yg pasti ko kena bergandingan dgn hero2 atau pelakon2 yg kuat karakter mrk utk dpt pengalaman contoh mcm Amirul Affendi, Zairil Azim, Faizal Hussain dll yg ko lom penah berganding lg.
Biasa jek syafik kyle. Ni mesti peminat syafik kyle. Fattah amin dh level lain skrg. Kne buat speech therapy. Suara bg dalam mcm p ramlee. Gituuu
Fattah mmg dah bnyk improve tp kalo nk pegi ke level2 Beto ke, Khir Rahman ke kena gilap lg laa. Kena bawak watak kampung, org miskin, rkyt marhain, lg elok tukang kutip sampah ke, aku ingt dulu Shahnaz ada bwk watak cmtu baru nmpk level lakonan dia.