fbpx

Pasti ramai tahu pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi hos Muzikal Lawak Superstar (MLS3) bersama selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin dijemput sebagai artis undangan bersama kumpulan Ubi. Membawa tema Mat Kilau, Fattah memainkan watak sebagai Awang.

BACA: Tular Gambar Berdua, Kekasih Sharnaaz Ahmad Pramugari? 

Bagaimanapun, di laman Twitter ada netizen mendakwa suami kepada Fazura itu seolah kekok berada di satu pentas dengan Sharnaaz.

Sebelum ini, kedua pelakon itu pernah menjadi perhatian ramai apabila dikatakan pernah dingin beberapa tahun lalu.

Sedar namanya menjadi sebutan, Sharnaaz dilihat memberikan reaksi mengenai perkata itu mengatakan mereka berdua masing-masing sudah matang serta tidak mahu lagi memandang hal dahulu.

Kata Sharnaaz lagi, hidup yang dijalani hari ini lebih positif dan tidak perlu lagi bermusuh apatah lagi masing-masing sudah meningkat usia.

“Alhamdulillah kami sudah matang. Hal yang dulu kita dah lepas jauh dibelakang. Hidup hari ni lebih positif dan membina,” tulisnya.