Lakon Babak Bersentuhan, Sharifah Rose Tak Mahu Penonton Bosan
Melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon Nabil Aqil menerusi drama Ku Punya Hati, pelakon Sharifah Rose dikecam susulan aksi tersebut dianggap kurang sopan untuk wanita berhijab.
Memetik mStar Online, Rose berkata dia tahu menjaga batas sebagai wanita berhijab dan babak itu dilakukan atas persetujuan bersama.
BACA: Dedah Leher, Sharifah Rose Akui Tak Sempurna Berhijab
“Niat Rose untuk berlakon itu hanya sekadar lakonan semata-mata, tak ada la pegang yang extreme pun, perkara logik sebab kalau nikah memang akan salam dan bersentuh.
“Rose ada beritahu kepada pengarah abang Azmi Hatta untuk elak babak bersentuhan sebab imej saya bertudung dan dia pun faham.
“Lagi pun setiap aksi yang dibuat itu hasil perbincangan dan persetujuan semua pihak dan perkara yang kecil-kecil itu mungkin okay sahaja,” katanya.
Sementara itu, Rose berkata dia tidak masalah menjayakan babak sweet antara suami isteri supaya tidak bosan dimata penonton.
“Untuk babak cabut uban tu, saya rasa benda tu cute, bonding time suami isteri. Takkan lah the whole time nak duduk sebelah-sebelah, jadi bosanlah tu yang wujudnya scene sweet-sweet,” katanya.
Dalam pada itu, Rose berkata dia sudah bersedia dengan kecaman netizen sebelum drama itu ditayangkan dan mahu fokus dengan kerjaya lakonannya.
- SUMBER
- mStar Online
Jangan risau, saya memang tak bosan dan takkan bosan. Sebab saya langsung tak tengok drama awak. Ghituuu…
ko belakon drama apa rose weyh..kak ros lagi famous dr ko. dah sendu tu yg sanggup sentuh
Bilamana matlmat mghalalkn sgala cara,itulh alsan yg terbaik bgnya
biar la dia…dia x kacau org pn…
lantak dia nk buat apepn yg penting saya x penah tgk pn dia berlakon..huhu
carilah seribu alasan untuk menghalalkan apa jua kesilapan kau, sedangkan kau tau itu haram, mula2 belakon drama kambing dulu takde pun sen pegang2, next drama nanti peluk2 or dukung2 le ye, alasan: kehendak skrip & menghidupkan watak
Berilah alasan apapun..
Ianya bukan tontonanku..
Awak jawablah nanti…
X minat lakonan dia..biasa2 sja….