Dedah Leher, Sharifah Rose Akui Tak Sempurna Berhijab
Pelakon Sharifah Rose mengakui kekurangannya yang memakai tudung namun tidak menutup aurat dengan sempurna.
Memetik Kosmo, Sharifah Rose berkata dia terbuka dengan kecaman dilemaprkan netizen susulan tular fotonya yang menampakkan leher dimuat naik oleh seorang jurusolek, Khir Khalid.
BACA: Netizen Tegur Aurat Sharifah Rose, Jurusolek Sound Balik
“Tentang gambar yang dikongsikan abang Khir itu, bagi saya, tiada masalah besar pun dan terpulang kalau netizen nak gembar-gemburkan tentangnya.
“Dia pun nak ‘test lighting’ (ujian pencahayaan) sahaja dan berkongsi hasil kerjanya dalam media sosial miliknya. Netizen nak cakap itu ini, saya tidak mempunyai kuasa nak tutup mulut mereka,” katanya.
Kata Sharifah lagi, dia masih mencuba yang terbaik untuk menutup aurat dengan sempurna dan dalam proses belajar. Dalam pada itu, dia turut memohon maaf jika ada perkongsiannya mengguris hati sesiapa.
“Saya pakai tudung sudah lama tak nak cakap sempurna itu, jauh sekali sebab saya pun sama macam orang lain masih belajar. Saya akui, kadang-kadang, saya pakai turban. Pakai tudung pun, anak rambut terkeluar dan orang nampak.
“Sebagai seorang manusia yang masih mencari kesempurnaan dalam menutup aurat, saya minta maaf kalau perkongsian saya mahupun orang lain membuatkan khalayak di luar sana terguris hati.
“Insya-Allah, dari semasa ke semasa, saya akan terus mencuba memperbaiki diri dan sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Saya terima teguran dengan hari terbuka,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
its ok… slow2… pakai je lah tudung macam mana pun…tak payah pikir apa orang lain cakap… yang penting itu antara u ngan Tuhan… pelik betul netizen nih, macam korang lak yang penent orang tu masuk syurga or neraka… annoying gile..
Seriously ramai jek minah yg bertudung ni bkn betul2 sedar yg tutup aurat tu wajib tp lebih kpd sbb takut kena kutuk dgn org lain. Ada yg ikut2 fesyen, ada yg nmpk tu sbg satu peluang utk dpt job jd duta ke, niaga tudung ke. Dia mcm geng2 pegi surau laa. Bkn semua org pegi surau tu sbb sedar tu kewajipan tp ada yg sbb takut org keliling kata x campur org laa, nak jd ajk laa dll personal interest!
biarlah dia. tak suka boikot mcm izreen dan hanez diam2 je lah tak perlu bising2.
Ala kat thai masa dgn aazief pun boleh free hair, apa nak heran nampak leher. Pakai tudung sebab nak jual tudung. Memang lah duhh