Lagu Sindir ‘Kluster Kayangan’, Drama Band Tak Takut Dikecam
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai isu kluster ‘kayangan’ apabila beberapa petugas barisan hadapan berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan golongan kluster yang menjengkelkan itu.
Ramai yang bengang dengan kluster oversea itu yang banyak cekadak sehinggakan kumpulan Drama Band tampil dengan lagu berjudul Kayangan yang sememangnya ditujukan khas untuk golongan tersebut.
BACA: Drama Band Kemalangan Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Anggap Balasan?
Vokalis kumpulan itu, Aepul Roza berkata mereka sudah bersedia sekiranya lagu sindiran itu dikecam oleh netizen kerana ciptaan lagu itu hanyalah sekadar untuk menyuarakan pendapat mereka.
“Sebenarnya saya dah bersedia jika ada pihak yang kecam sebab keluarkan lagi lagu berbaur sindiran. Bagi saya, sampai bila nak hidup dalam ‘takut’ untuk menyuarakan apa dalam hati kita?
“Alhamdulillah, buat masa sekarang ini saya lihat lagu ini dapat diterima pendengar dan rata-ratanya setuju dengan lirik dalam lagu tersebut. Saya buat keputusan untuk memulakannya agar mungkin ada orang lain dapat jadikan ini contoh,” katanya kepada mStar.
Aepul mengakui idea lagu itu tercetus selepas melihat perkongsian petugas kesihatan mengenai sikap buruk golongan kluster kayangan terbabit sehingga ada yang menghina para petugas.
“Ada yang kurang adab sampai menghina mereka. Jadi, lagu ini teguran untuk mereka,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
bosan gosip ni… Lgi baik tgk gosip isa n risteena
Hrp risteena dpt jumpa Isa..
Kak se x minat drama bank sbb byk drama.. Kakse minat isa
Akk duduk menyangkung smbil baca suratkhabar atas kepala risteena smbil meneran berak akk…dari td akk senak perut mkn sambal sotong ngan kailan blacan dan telor puyoh…maaf akk dah x tahan ni