fbpx

Drama Band Kemalangan Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Anggap Balasan?

Ahad lalu, beberapa ahli kumpulan Drama Band berdepan detik cemas apabila kereta jenis pacuan empat roda dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas dilanggar seorang pemandu yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang, kira-kira jam 1.30 pagi. Bagaimanapun, Aepul Roza, Daus dan Fadhil hanya mengalami cedera ringan sahaja. Namun, kereta yang dinaiki mereka rosak teruk.

BACA: “Bukan Niat Kami Untuk Sakiti Sesiapa”

https://www.instagram.com/p/B9uT5TcFU1N/?utm_source=ig_embed

Sebaik sahaja mendapat tahu perkhabaran itu rata-rata netizen meluahkan rasa simpati. Namun ada sesetengah netizen menganggap kemalangan itu merupakan balasan buat kumpulan itu di atas tindakan mereka yang mempersendakan orang lain ketika persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34.

Apa pun netizen tidak patut beranggapan sebegitu kerana apa yang terjadi sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa adalah lebih baik jika kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.