fbpx

“Lagu Sedap Tapi Kenapa Safiey Illias Yang Nyanyi?”

Seperti sudah menjadi trend apabila pengasas produk di Malaysia mengeluarkan lagu mereka sendiri. Bermula dengan Datuk Seri Vida dengan lagu I Am Me kemudian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat dengan lagu viral mereka, Bobo Dimana.

Nampaknya, jutawan kosmetik Safiey Illias juga tidak mahu ketinggalan untuk mengeluarkan single pertamanya berjudul Syinta Gila. Berbeza dengan usahawan kosmetik lain, lagu nyanyian Safiey ini mendapat sambutan luar jangkaan dan disukai ramai.

BACA: Didakwa Bawa Bala, Gerai Safiey Illias Diboikot

Rata-rata yang sudah mendengar lagu tersebut memuji rentak lagu itu yang ‘catchy’, namun pada masa yang sama timbul rasa bersalah kerana bimbang dikatakan menyokong golongan LGBT. Ada juga berpendapat lagu Safiey itu lagi sedap berbanding lagu Bobo Dimana.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan lagu tersebut sedap tetapi mengapa ianya dinyanyikan oleh Safiey. Ada juga berharap ada penyanyi wanita yang akan menyanyikan lagi tersebut.

Lagu Syinta Gila merupakan hasil ciptaan penyanyi Indonesia, Ressa Herlambang yang terkenal dengan lagu Menyesal. Rasanya ramai yang dah dengar lagu ni terus melekat dalam kepala, lagi-lagi part chorus.