fbpx

“Lagu Itu Tiada Siapa Yang Ciplak, Cuma Tajuk Yang Sama”

Sebelum ini, lagu terbaru nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna berjudul Bobo Dimana menerima kecaman hebat apabila netizen mendakwa muzik video tersebut dikatakan penuh dengan unsur lucah dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Nampaknya, lagu itu sekali lagi terpalit kontroversi apabila didakwa diciplak daripada seorang penyanyi terkenal iaitu Roy Ricardo yang merupakan penyanyi asal lagu Semalem Bobo Di Mana.

BACA: Pemilik Lagu Bobo Di Mana Kesal Lagu Diciplak

Tidak mahu membiarkan netizen terus membuat tuduhan liar, Aliff Syukri menjawab pertanyaan berhubung isu tersebut di Instagram miliknya. Aliff memberitahu, tiada siapa yang ciplak, cuma tajuk sahaja yang sama.

Sementara itu, Lucinta Luna turut menafikan bahawa mereka menciplak lagu tersebut dan mendakwa penyanyi asal sengaja mahu menumpang populariti Bobo Dimana.

Lagu nyanyian Roy Ricardo itu dilancarkan pada 24 April 2014 dan setakat ini mendapat jumlah tontonan mencecah 5.5 juta. Manakala, lirik video lagu Aliff Syukri yang dimuat naik pada 5 September lalu sudah mencecah 6.6 juta tontonan.