fbpx

Pemilik Lagu Bobo Di Mana Kesal Lagu Diciplak

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang kini popular dengan lagu ‘Bobo Di Mana’ hasil gandingan bersama Nur Sajat dan selebriti Indonesia Lucinta Luna.

Terbaru, Aliff Syukri didakwa ciplak lagu ‘Bobo Di Mana’ tanpa mendapat persetujuan penyanyi asal lagu tersebut.

Bengang dengan peniruan lagu tersebut, Roy Ricardo yang merupakan penyanyi asal lagu ‘Semalem Bobo Di Mana’ telah memuatnaik video yang menyatakan Datuk Aliff Syukri telah menukar tajuk lagu tersebut kepada ‘Bobo Di Mana’ namun liriknya masih sama.

Roy Ricardo yang merupakan rapper dari Indonesia ini, mula menyedari penularan video nyanyian Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna melalui Direct Message di laman Instagram miliknya dari seorang peminat yang meminta Roy penjelasan lagu ‘Bobo Di Mana’.

Roy bagaimanapun berasa kesal apabila lagunya yang dinyanyikan dalam versi yang lain itu tidak mendapat izinnya.

Jika sebelum ini, lagu ‘Semalem Bobo Di Mana’ dikatakan diciplak oleh Andi Bernadee yang menukar tajuk lagu kepada ‘Semalam Sahur Dimana’ itu menjadi bualan.

Namun bagi penyanyi rapper ini, perbuatan Andi itu bukanlah satu ‘pencurian’ kerana Andi telahpun meminta izinnya untuk menggunakan lagu ‘Semalem Bobo Dimana’ dan ditukarkan kepada ‘Semalam Sahur Dimana’.

Bagi penyanyi ini juga, wang bukanlah menjadi satu perkara besar. Di sini, kami sediakan video sebenar penyanyi asal dari Indonesia.