fbpx

Lagu Hujan Sudah Dilancarkan, Netizen Puji Suara Iqbal Sedap

Selepas seminggu menanti akhirnya single lagu usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli sudah pun dilancarkan jam 5 petang tadi.

Baru dua jam dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudah mendapat sebanyak 34,000 jumlah tontonan dan hampir 7,000 tanda suka.

BACA: Iqbal Kongsi Teaser Hujan, Peminat Kata Boleh Masuk AJL

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara merdu Iqbal dan tidak sangka usahawan itu mempunyai bakat dalam nyanyian.

Dalam pada itu, rata-rata netizen suka dengan lagu berkenaan yang sedap didengar dan kagum dengan hasil karya komposer dan penulis lagu yang terlibat.

Tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar lagu Iqbal itu menjadi trending nombor satu di laman YouTube.

Terdahulu, Iqbal berkata lagu tersebut adalah kisah benar tentang suka duka perjalanan hidupnya selama ini. Iqbal turut memasang angan-angan untuk beraksi di pentas AJL serta yakin boleh bersaing di pentas berprestij itu.