fbpx

Iqbal Kongsi Teaser Hujan, Peminat Kata Boleh Masuk AJL

Bakal melancarkan single lagu barunya berjudul Hujan hari ini, semalam perkongsian usahawan sensasi Ahmad Iqbal memuat naik teaser lagu tersebut berlatar belakangkan rintik hujan menjadi perhatian ramai.

Berkongsikan babak dimana dia kebasahan di dalam hujan, Iqbal berkata penggambaran itu dirakam sekitar jam 1 pagi seperti kejadian sebenar.

BACA: Iqbal Kecewa Michael Ang Samakan Suaranya Dengan ‘Pondan Pencen’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak sabar untuk mendengar single berkenaan yang bakal dilancarkan jam 5 petang ini.

Malah, ada yang mengatakan bahawa lagu tersebut akan viral dan berharap lagu berkenaan akan melangkah di Anugerah Juara Lagu.

Terdahulu, Iqbal berkata lagu tersebut adalah kisah benar tentang suka duka perjalanan hidupnya selama ini dan akan dilancarkan pada 1 November.