fbpx

Salah seorang anggota kumpulan The Gadys iaitu Thamiera Chan mengakui lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan vokalnya.

Sementara itu, Thamiera berkata keadaan itu juga membuatkannya rasa tertekan ketika membawakan lagu berkenaan, namun perkara itu sudah pun berlaku.

BACA: Kesilapan Teknikal Punca The Gadys Menyanyi Sumbang

“Sebenarnya lagu tersebut sedap, cuma mungkin tidak sesuai dengan vokal saya kerana bernada terlalu tinggi. Disebabkan itu saya agak terseksa untuk menyanyikannya, tapi tidak mengapa, benda sudah terjadi,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh Thamiera menerusi komen balas apabila seorang peminat memuji nyanyiannya ketika menyampaikan lagu Tapi Tahukah Kamu? nyanyian asal Dygta di TikTok.

“Sebenarnya lagu Fujiyama (Cintaku Sampai Ke Ethiopia) memang tidak sedap. Suara dia sedap sahaja,” komen seorang peminat.

Terdahulu, pihak pengurusan menjelaskan kesilapan teknikal menjadi salah satu faktor yang mengganggu persembahan pada malam berkenaan. Katanya lagi, pada hari tersebut produksi tersalah meletakkan minus one key lebih tinggi berbanding asal.

SUMBER: HibGlam