fbpx

Kesilapan Teknikal Punca The Gadys Menyanyi Sumbang

Tular nyanyian mereka di Anugerah KNKV Viral 2024 baru-baru ini sehingga dikecam teruk, kumpulan The Gadys menerima kritikan netizen dengan hati terbuka

Memetik BH Online, wakil pengurusan kumpulan itu iaitu Universal Music Malaysia & Valient Music berkata anggota The Gadys  menerima kritikan dengan tenang.

BACA: “Macam Buat Persembahan Di Sekolah, Meleleh Taik Telinga” – Komposer

Menurut pihak pengurusan, kesilapan teknikal menjadi salah satu faktor yang mengganggu persembahan pada malam berkenaan. Katanya lagi, pada hari tersebut produksi tersalah meletakkan minus one key lebih tinggi berbanding asal.

“Mereka akui kesilapan dan akan berusaha memantapkan vokal. Mereka ada mengikuti kelas vokal, tapi dengan apa yang berlaku, mereka akan tingkatkan lagi latihan.

“Cuma, apa yang berlaku sebenarnya membabitkan sedikit kesilapan teknikal. Sebenarnya mereka berlatih menggunakan minus one berbeza dengan ‘key’ lebih rendah.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, produksi menggunakan minus one mereka dengan ‘key’ lebih tinggi. Apapun, kami tak menyalahkan pihak produksi dan mengakui kekurangan The Gadys,” katanya.