Lagu Empat Dara 2020 Nombor 1 Di YouTube, Cecah 1 Juta Tontonan
Mula menjadi siulan menerusi drama Kampung People 2 oleh pelakon Elly Mazlein, kemudian membuat satu cabaran di Instagram iaitu #4Darachallenge, siapa sangka cabaran tersebut telah mendapat sambutan luar biasa.
Ramai yang menyahut cabaran tersebut termasuklah Faizal Tahir. Nampaknya, Faizal turut mengambil peluang dengan mengambil langkah berani berduet bersama-sama Elly dan juga Zizi Kirana menghasilkan lagu 4 Dara 2020.
BACA: Elly Mazlein Bahagia Kembali Sambut Syawal Sebagai Isteri
Dalam tempoh 24 jam Empat Dara 2020 dimuat naik, video lagu tersebut menjadi trending nombor satu di YouTube. Malah, kini sudah mencatatkan 1 juta tontonan dan 5,258 komen.
Lagu dendangan asal Ahmad Yusoh yang diberikan nafas baru ternyata membuatkan rata-rata penonton terhibur serta menyifatkan gabungan melodi dan lirik sangat unik dipersembahkan.
Dalam pada itu, rata-rata memuji hasil karya Faizal yang sekaligus mengangkat semula karya lama dalam versi lebih moden. Malah, ramai yang terhibur dengan muzik video lagu tersebut yang santai dan ‘suka hati’.
123 cam gampang.. Bodo terikut tik tok budaya akhir zaman.. Apa yg korang nak tonjolkan dengan music video camni.. Tak bermanfaat, dunia akhir zaman, zaman tengah kelam, covid penyakit wabak bagai, ekonomi merudum, org kene buang keje, ada yg bunuh diri tekanan jiwa,
Cuma satu nak pesan.. POKEMAKKKKK KO LA
Hrp kak elly menang abpbh mlm ni…x kisah la kak elly mazlein ke kak elly suriati .hrp kak elly menang..hihi
Cikgu Jakpa, melahirkan rasa tak suka tu boleh tp mencarut dan memaki hamun tu tetap tak boleh … jagalah adab supaya saudara dihormati
Cikgu jakpa sakit jiwa.. Sekian Terima kasih