Baby Shima Yakin MV Baby Sayang Bersama Aliff Syukri Akan Disukai Ramai
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai video teaser lagu dangdut usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama penyanyi, Baby Shima dikecam ramai.
Namun, tengah hari tadi muzik video lagu Baby Sayang itu telah pun dilancarkan di saluran YouTube. Baru enam jam dimuat naik, MV lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila sudah mendapat lebih 100 ribu tontonan.
BACA: Aliff Syukri Tetap Lancar Lagu Dangdut Dengan Baby Shima
View this post on Instagram
Sementara itu, Baby Shima turut memuat naik sedutan rakamanb belakang tabir lagu berkenaan. Baby Shima turut menulis kapsyen bahawa dia yakin MV lagu tersebut pasti akan disukai ramai.
Diruangan komen, seperti sudah disangka ramai yang mengecam perkongsian penyanyi itu serta mengatakan kenyataan Baby Shima itu seolah meminta untuk dikecam. Tidak kurang juga, ada yang meminta agar memboikot lagu tersebut
Terdahulu, Aliff memuat naik perkongsian memaklumkan mengenai pelancaran lagu tersebut. Aliff berkata suaranya terlalu sedap untuk disimpan dan mengatakan ramai sebenarnya cemburu dengan bakatnya.
Kahwini sjalah baby shima tu dato..dato ke mampu..dari buat video clip sampah cam ni..lebih kpd nafsu semata..ksian anak bini u dato..dah lah dato belakon nangis cam org x siuman…konon dh pencen dari media social..p nmpk makin ligat pula…seolah ludah ..jilat balik
wah yg tgk tu pn alahai…
kecam2 tp tgk..netizen pnnn
mohon kepada rakyat malaysia, takyah tgk, takyah bagi view. kalau tak dia claim dia penyanyi no1. mv view juta2.
Alif, kalau masuk kilauan Emas, blm tentu menang.
Xsegan ke? Nyanyi gitu, sebelah sebelah.
I think you ada mental problem. Artus No. 1?!!!
Hah!! Hah!!
Yg tengok ni geng geng MakNyah je….