fbpx

“Lagi Cakap, Lagi Bangang” – Ustaz Syamsul Debat Tegur Abang Tesla

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang berkahwin dua sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna Twitter memaparkan penceramah bebas, Syamsul Debat yang menegur isu kahwin dua melibatkan pempengaruh media sosial tersebut.

BACA: “Saya Rasa Nak Muntah” – Ridhuan Tee Tegur Video Abang Tesla

Menerusi video ceramah itu, Syamsul menegur pempengaruh itu agar berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai poligami. Menurut penceramah itu lagi, adil di dalam Islam bukan mengikut selera dan nafsu.

“Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya pasal. Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami. Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah share-share dengan orang lain.

“Selepas itu kau keluar statement pula nak mengajar orang lain. Adil dalam Islam bukan mengikut selera dan nafsu. Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Itu yang perlu difahami.

“Lagi cakap, lagi bangang tau? Selepas itu, yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena. Yang memberi pandangan pun tak kena. Tak usah,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut mengingatkan bahawa hati isteri pertama perlu dijaga dan tidak sesuka hati meluarkan kenyataan melukakan hati mereka.

“Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja?

“Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai? Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat? Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap,” katanya.