fbpx

Lagi 7 Minggu Nak Bersalin, Fasha Sandha Tak Sempat Buat Persiapan

Bakal menyambut cahaya mata baru tidak lama lagi, bagaimanapun Fasha Sandha berkata dia tidak sempat untuk membeli barangan persiapan kerana tidak boleh keluar susulan penularan COVID-19.

Dijangka akan bersalin tujuh minggu lagu, Fasha berkata dia hanya akan memakaikan bayi itu nanti dengan pakaian milik Putri Raysha Jemyma ketika anaknya itu masih bayi lima tahun lalu.

BACA: Bertudung Sejak Ramadan, Netizen Doa Fasha Sandha Kekal Berhijab

“Untuk persiapan baby sebenarnya tiada persiapan pun lagi dan tak sempat beli baru sebab tak boleh keluar rumah.

“Memandangkan baju Jemyma dulu-dulu masih boleh pakai lagi, saya pakaikan balik nanti,” katanya.

Menimang cahaya mata sulung bersama Aidil Aziz, Fasha berkata suaminya sangat teruja kerana bakal bergelar bapa dan tidak sabar untuk menyambut anak pertamanya.

“Sudah tentu Aidil lebih teruja kerana ini anak pertamanya tetapi kami berdua gembira menantikan kelahiran cahaya mata ini,” katanya.

Selepas mendirikan perkahwinan bersama Aidil sekitar Mac tahun lalu, Fasha mengalami dua kali keguguran sebelum disahkan hamil semula.