Bertudung Sejak Ramadan, Netizen Doa Fasha Sandha Kekal Berhijab
Pasti ramai tahu setiap kali bulan Ramadan, Fasha Sandha antara selebriti yang akan berhijab sempena menghormati bulan mulia itu. Meskipun bulan Ramadan sudah pun berlalu pergi, namun Fasha dilihat masih lagi mengenakan tudung.
Malah, pada hari raya juga Fasha dilihat lebih selesa mengenakan tudung dan kebanyakan gambar yang dikongsikan di media sosial miliknya memaparkan dirinya berhijab.
BACA: Fasha Sandha Dedah Suami Hari-Hari Bersembang Dengan Baby Dalam Perut
Melihatkan penampilannya itu, rata-rata netizen memuji Fasha lebih ayu dan cantik apabila berhijab walaupun sedang sarat hamil. Senang dengan penampilannya itu, netizen juga mengharapkan agar Fasha akan kekal berhijab.
Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pelakon tersebut akan terus istiqamah untuk bertudung. dan semoga dipermudahkan urusan bersalin tidak lama lagi. Dalam satu perkongsian gambar, suaminya, Aidil Aziz turut memuji kecantikan Fasha apabila berhijab.
Terdahulu, Fasha menjelaskan dia pasti akan berhijab suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia. Katanya lagi, dia mahu berhijab kerana Allah dan tidak hanya mengikut trend.
- SUMBER
- Ohmymedia
Tak habih dgn cite pasai artis pakai tudung, bosan gila. Sorang pakai sepuluh bukak tau?
Tudung2 tu jer ker lol
X minat nk bca .. bca tajuk je
nak rai kan ape ye.
lepas tu buka tunjuk body di gim.
laki buat aksi kuda
Walau semua komen kat atas -ve, akak peah pilih +ve..moga yang baik2 utk fasha n family yer..mmg fasha nampak ayu jer bertudung..akak peah suka tgk..
Kecoh la pdahal islam kan lain la lady gaga ke pakai tudung
nanti keluar la statememt “sya rasa lbeh tenang” pastu main IG selfie posing acah2 ayu wanita islamik selangkah ke syurga gito lahhhh!!!