fbpx

Sedar atau tidak, perlumbaan F1 akan kembali ke Malaysia pada 23 sehingga 25 Mac 2012 dan kami ada informasi tentang konsert istimewa untuk perlumbaan ini.

Menurut laporan Daily Chilli baru baru ini, sumber dalaman berkata yang penyanyi pop dari Australia, Kylie Minogue akan turun ke sini khas untuk Formula 1.

Pihak penganjur 2012 F1 Petronas Malaysia Grand Prix telah murah hati untuk menawarkan dua buah konsert untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di KLCC.

Kylie Minogue akan menjadi artis untuk persembahan malam pertama iaitu pada 23 Mac 2012 dan seorang lagi artis antarabangsa masih belum di’umumkan akan mengadakan konsert kedua keesokkan hari’nya.

Sehingga artikel ini di’tulis, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak penganjur dan mahu’kah anda turut serta dalam konsert Kylie Minogue yang sebenarnya sudah agak terlambat turun Malaysia.