fbpx

“Kutuk Pelakon Baru, Dulu Dia Pun Sama”

Sejak beberapa minggu ini, kita dapat baca beberapa artikel di internet yang menunjukkan pelakon generasi lama mula membuka mulut tentang perangai dan kelakuan pelakon generasi baru — tidak pula kami mahu sebutkan nama.

Namun secara am, pelakon generasi lama seakan jelak dengan perangai pelakon baru yang lebih menonjolkan sisi kontroversi dan populariti daripada bakat sebagai seorang pelakon. Malah ada antara mereka yang layak digelar ‘kayu’ — mereka kata, bukan kami.

Menariknya menerusi Twitter hari ini, pengarah filem terkenal Aziz M. Osman melontarkan pandangan beliau tentang situasi ini.

Ada benarnya apa yang dikatakan Aziz M. Osman ini, semua pelakon atau anak seni semestinya bermula dari bawah dan tidak semestinya terus cemerlang dalam bakat lakonan seperti pelakon generasi lama ketika ini.

Pelakon baru pun perlu ambil pengajaran dari situasi ini untuk lebih menonjolkan bakat mereka dan belajar lebih banyak lagi — bukan setakat kumpul pengikut di laman sosial dan harapkan populariti untuk kekal relevan. (rtky/m)