fbpx

Kurang Mekap, Amal Buah Delima Rahsia Cantik Wany Hasrita

Menjadi selebriti penampilan diri perlu dijaga dan tampil menarik tidak kira di mana. Paling penting, kecantikan kulit wajah perlu diberi keutamaan. Maklumlah, nak keluar televisyen dan perlu bertemu peminat, semuanya perlu nampak sempurna.

Pasti ramai wanita cemburukan kulit penyanyi Wany Hasrita. Memiliki kulit cerah dan bebas cela, tak pernah lagi kita melihat Wany mengalami masalah jerawat.

BACA: Tall, Dark, Handsome Ciri Lelaki Idaman Wany Hasrita

Rupanya ada rahsia yang diamalkan oleh Wany untuk miliki kulit wajah cantik dan ‘flawless’ iaitu dengan mengamalkan makan buah delima. Menurut Wany, sejak dulu lagi dia memang gemarkan buah delima yang diketahui banyak khasiatnya walaupun harganya agak mahal berbanding buah biasa.

Dalam diam, Wany sebenarnya mengeluarkan produk makanan jeli kecantikan jenamanya sendiri. Bagi Wany, dia memilih untuk membuat produk kesihatan kerana lebih baik miliki kulit cantik semula jadi daripada menggunakan produk kosmetik.

“Pada saya, sudah terlalu banyak produk kosmetik di pasara. Lagipun, saya sendiri jarang mengenakan sebarang solekan bila keluar rumah kecuali untuk acara tertentu. Jadi, tidak adil untuk saya keluarkan produk yang saya sendiri tidak guna,” katanya kepada Hijabista.

Betul juga tu. Ramai wanita sekarang lebih tertumpu pada produk kosmetik yang menutup cela diwajah berbanding menjaga kesihatan kulit.