Setelah bercinta selama tiga tahun dengan Genervie Kam (Gen), penyanyi Hazama menjelaskan dia tidak memaksa kekasihnya itu memeluk agama Islam selain turut berharap agar pasangannya itu terbuka hati untuk melakukan perkara tersebut bila tiba masanya.
BACA: Hazama Akui Sanggup Tunggu Kekasih Walau 10 Tahun
“Cita-cita saya itu memanglah nak berkahwin, namun semua sedia maklum dia bukan berasal dari agama yang sama. Jadi tanggungjawab saya berat dan perlukan masa untuk yakinkan semua orang”
“Disebabkan faktor tersebut, saya sebagai orang Islam tidak mahu memaksa dia untuk memeluk agama kita dan biarlah Allah sahaja yang dapat membuka pintu hatinya. Bila sudah terbuka nanti saya pasti akan berkahwin juga,” memetik kata-kata Hazama daripada portal Media Hiburan.
Sebelum ini, Hazama pernah menyatakan bahawa dia sanggup menunggu walau 10 tahun sekali pun – jika itu waktu yang terpaksa dilaluinya untuk mendirikan rumah tangga. Malah hubungan mereka ketika ini berjalan dengan baik. (rtky/s)