fbpx

Satu nama yang masih di’sebut ramai walau pun kini semakin kurang muncul di kaca televisyen mahu pun layar perak — Fazura.

Nur Fazura hadir ke tayangan pra tonton filem terbaru beliau untuk tahun 2012 Bujang Terlajak, Belum Terlanjur di GSC Signature, The Gardens malam tadi.

Filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen ini merupakan filem pertama Nur Fazura untuk 2012 & mungkin juga filem terakhir beliau tahun ini dek kerana kini banyak menolak tawaran filem lain.

Menolak sebarang spekulasi yang mengatakan Nur Fazura kini jarang muncul di’pentas seni kerana hubungan cinta bersama orang kenamaan, aktress ini berkata beliau menghormati permintaan ibu’nya yang semakin berusia dan mahukan yang terbaik untuk anak gadis’nya ini.

Menurut Nur Fazura, ibu’nya kurang gemar dengan kerjaya lakonan beliau & tidak menggalakkan gadis ini untuk terus bergiat dalam dunia lakonan — namun Nur Fazura teruskan kerana minat.