fbpx

“Kurang Ajar Ambil Gambar Saya Senyap Senyap”

Menerusi laman Instagram, Sufian Suhaimi menegur sikap segelintir peminat yang suka mengambil gambarnya secara senyap. Tulis Sufian, jika beliau sudah berada di depan mata, tidak salah untuk meminta terus kepadanya.

BACA: Sufian Suhaimi Pecah Rekod, Di Matamu Raih 50 Juta Tontonan

Bagi Sufian sikap mengambil gambarnya secara curi-curi seperti kurang ajar dan menjengkelkan buatnya. Tambahnya lagi, pada ketika itu beliau sedang meluangkan masa bersama ahli keluarga.

“Tolonglah jangan ambil gambar senyap-senyap kalau dah ada depan-depan. Saya rasa itu kurang ajar dan menjengkelkan. Lagi-lagi bila saya bersama keluarga. Tegurlah, minta baik-baik, saya suka saja,” tulisnya.

Selain itu, Sufian sempat memberitahu peminatnya agar jangan takut untuk menegurnya kerana beliau juga suka melayan peminatnya untuk bergambar. Buat peminat Sufian, selepas ini tegur saja kalau mahu mengambil gambar. (rtky/w)