fbpx

Sufian Suhaimi Pecah Rekod, Di Matamu Raih 50 Juta Tontonan

Tahniah di ucapkan kepada Sufian Suhaimi kerana lagu Di Matamu bukan saja terpilih sebagai finalis AJL, malah lagu sedih yang sinonim dengan rakyat Malaysia untuk tahun 2018 itu berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan tertinggi di YouTube.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci.

BACA: “Kalau Saya Tak Putus Tunang, Di Matamu Tak Akan Hidup”

Dimuat naik pada 22 Mac 2018, sehingga jam 9 pagi, lagu Di Matamu meraih lebih 50 juta tontonan, manakala lagu Ku Rela Dibenci yang dimuat naik pada 1 Jun 2016 berjaya meraih lebih 40.9 juta tontonan.

Menerusi Instagram, Sufian berkongsikan perkhabaran gembira itu buat peminatnya serta mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar.

Sufian juga memohon kepada peminat untuk mendoakannya agar diberikan kesihatan yang baik dan dapat membuat persembahan terbaik pada AJL nanti.

Terdahulu, lagu Di Matamu dilancarkan tidak lama selepas peristiwa putus tunang diantara Sufian dan Elfira Loy pada 18 Feburari tahun lalu. Kemudian, muzik video lagu tersebut dilancarkan pada tarikh yang sepatutnya menjadi hari pernikahannya bersama Elfira.