“Kunci Untuk Masuk Syurga Adalah Suami” – Neelofa
Baru-baru ini, menerusi satu temu bual bersama Ria X In Person, selebriti popular Neelofa dimana selepas mendirikan rumah tangga, dia lebih mengutamakan suami berbanding kerjaya dan perniagaannya.
Dalam temu bual itu, Neelofa menjawab pertanyaan tetap patuh dengan suami meskipun sudah memiliki segalanya. Neelofa berkata kunci untuk masuk syurga adalah suami, baginya selepas bergelar isteri keutamaan seorang wanita itu adalah suaminya.
BACA: Tampil Dengan Imej Berskirt, Netizen Tegur Neelofa
“Semua orang kena faham konsep ini, saya pun banyak belajar benda baru. Momen selepas akad dan jadi isteri, keutamaan dan keredaan awak adalah suami. Kunci masuk syurga adalah suami.
“Jadi kalau kata nak pentingkan kemasyuran atau kerjaya lebih pada suami maksudnya baik tak payah jadi isteri. Sebab akan tarik awak ke neraka lebih pada yang lain-lain.
“Saya kena tahu apa keutamaan saya. Kalau tidak dapat keredaan suami, sia-sia sahaja kaya ke popular ke bahagia dekat dunia. Kita tidak akan bau syurga pun.
“Jadi saya fikir setiap hari kerja sana sini, tetapi suami tak reda, gembira dan bahagia, no point juga. Perkara pertama adalah taat, bahagiakan suami, turuti perintah dia. Selesaikan hak suami dulu baru saya fokus dengan hal-hal lain,” katanya.
Dalam temu bual itu, Neelofa mengakui pada awalnya suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail susah nak biasakan diri dalam dunianya.
“Saya boleh nampak bukan senang untuk Haris menyesuaikan diri dengan dunia saya. Masa awal perkahwinan pun dah jadi perhatian sekali dengan honeymoon. Back to back jadi. Itu dah jadi satu proses untuk dia menyesuaikan diri,” katanya.
- SUMBER
- YouTube
semoga neelofa dirahmati oleh Allah dan dikurniakan syurga kerana mencari keredhaan Allah, Rasul dan Suami
WHAT??! Are you kidding me?
tapi satu msia dah tengok burung ayah bilal.. camne tu nak masuk syorga?
membongok x sudah2…cam org nk kesah dia…yg ko giler cari perhatian…cakap x sama ngn perbuatan..
Kunci ke neraka juga suami. So pandai2 lah pilih suami.
gini lap pa. ko dduk diam2 jga bilal, ko tnglknlh dunia hiburan! hbs ceta! so xde g mulut puaka nutirzen nak kecam2 ko! letih lah pa.tiap ri media asyik dok ceta psl hang!! buat dosa je!!!
Bagus lopa.. mmg itu harapan setiap isteri muslim. Tp byk kali mereka kecundng bila somi nya gagal membawa peranan imam tu. Jd pd akhirnya byk isteri bakal ke nuraka kerana x redha dgn somi yg gagal jd imam. Maka moral of story.. mmg bernikah nmpk indah tp ada somi pintu neraka uyk isteri. Kenali diri kita dan buatlah decision ikut kmpuan kita.