fbpx

Tampil Dengan Imej Berskirt, Netizen Tegur Neelofa

Selepas tampil berniqab, penampilan selebriti popular Neelofa mendapat reaksi positif daripada netizen yang menjadikan penghijrahannya sebagai inspirasi untuk wanita lain berubah ke arah lebih baik.

Malah, ramai yang suka melihat penampilan Neelofa yang masih lagi boleh berfesyen dan tetap anggun meskipun berniqab.

BACA: Netizen Terhibur Tengok Aksi Terbang-Terbang Neelofa & Haris

Namun, baru-baru ini pakaian yang digayakan Neelofa dalam satu majlis terkemuka menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian itu, Neelofa tampil menggayakan pakaian berwarna hitam yang kelihatan agak singkat.

Meskipun Neelofa hanya menggayakan dengan kasut boot berwarna hitam juga, namun rata-rata netizen beranggapan fesyen tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang berpurdah.

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur penampilan Neelofa itu dilihat terlalu menonjol dan berlebih-lebihan. 

Dalam pada itu, ada netizen bertanya sama ada penampilannya itu udah mendapat teguran atau komen daripada suaminya, PU Riz atau Haris Ismail.