Baru-baru ini perkongsian pelakon Nabila Huda menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang mengaji Al-Quran secara atas talian.
Menerusi video tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil dilihat lengkap bertelekung sambil ditemani kucingnya yang diberi nama Tora.
BACA: Nabila Huda Bangga Keisha Berjaya Kuasai Bahasa Mandarin Dalam 14 Jam
View this post on Instagram
Namun, apa yang mengundang rasa kurang netizen apabila kucingnya dilihat memijak Al-Qurang yang sedang dibaca Abil sebelum dia bertindak mengalih haiwan tersebut dari meja berkenaan.
Video Abil itu ditegur oleh netizen yang menasihatinya supaya mengalihkan kucing jika berlaku lagi kejadian tersebut serta berharap tidak membiarkan sahaja.
Menerima teguran dengan baik, Abil membalas komen nasihat berkenaan dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu dan memohon maaf di atas perkara tersebut.
“Saya minta maaf puan saya pun tak tahu. Terima kasih atas info. Nanti saya minta maaf dengan Allah atas kesalahan saya dan kucing saya,” tulisnya.