fbpx

Kucing Liar Semakin Ganas, Aliff Syukri Nak Cuba Jinakkan Kambing

Perkongsian oleh Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram baru-baru ini menjadi perhatian apabila usahawan kosmetik itu mengambil keputusan untuk membela seorang kambing selepas kucing liar eksotik peliharaannya yang dinamakan sebagai Dodi kian mengganas.

Menerusi video dikongsikan, Aliff dilihat membawa pulang dua ekor kambing untuk dijinakkan dan dibela di dalam rumah mewahnya. Aliff turut berkongsikan nama kambingnya yang diberi nama Siti Zubaidah.

BACA: 13 Tahun Berkahwin, Aliff Syukri Akui Bukan Mudah Kekal Bahagia

https://www.instagram.com/p/CBasvyQp_41/?utm_source=ig_embed

“Penganti dodi.. comel tak? Saya sedih sangat sebab Dodi dah tak nak dengan saya dan semakin ganas. Sebab tu sekarang ini saya cuba jinak kan kambing pula untuk dijaga di dlm rumah saya.. korang rasa boleh dijinakkan tak?

“Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dekat kambing saya yg saya kasi nama Siti Zubaidah,” tulisnya.

Turut menjadi perhatian menerusi video tersebut reaksi isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang kelihatan berang dan terkejut dengan kehadiran binatang peliharaan tersebut yang dibawa masuk ke dalam rumah.

Dalam perkongsian lain, Aliff turut tertanya-tanya mengapa isterinya seolah tidak memahami dengan hobi barunya itu. Malah, Aliff turut bertanyakan kepada netizen apa yang perlu dilakukannya agar Datin Shahida menyokong hobinya.

https://www.instagram.com/p/CBh3waLpsDN/?utm_source=ig_embed

 

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bukannya Datin Shahida tidak menyokong tetapi apa yang menjadi masalah apabila membela kambing di dalam rumah. Kata netizen lagi, sudah tentu isterinya bimbang jika kambing tersebut ‘membuang’ merata-rata.