fbpx

13 Tahun Berkahwin, Aliff Syukri Akui Bukan Mudah Kekal Bahagia

Mengakui membina alam rumah tangga itu mudah, bagaimanapun usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata untuk menjadikan perkahwinan itu kekal lama dan bahagia tidaklah semudah seperti yang disangka.

Sudah 13 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama Datin Seri Nur Shahida, Aliff berkata dia kini lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang suami. Malah, setiap tahun mereka belajar untuk memperbaiki kelemahan diri.

BACA: Netizen Gembira Datin Shahida Kongsi Foto Bersama Aliff Syukri

“Berkahwin itu amat mudah. Tetapi untuk menjadikan perkhawinan bahagia ini kekal lama dan sempurna serta menjadikan untuk saling melengkapi itu bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Perkhawinan kami banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk membetulkan kelemahan masing-masing. .

“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Abah yang terbaik dan usahawan yang terbaik. Adat berniaga ada jatuh dan bangun,” katanya.

Meskipun pelbagai dugaan ditempuhi sepanjang berumah tangga, bagaimanapun Aliff berkata kebahagiaan paling utama dalam kehidupan adalah apabila dapat bersama keluarga disisi.

“Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagain yang hakiki iaitu bersama dengan family dan ibu bapa kita,” katanya.

Pada Mac lalu, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan ramai apabila dikatakan sedang bergolak. Bagaimanapun, setelah empat bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Aliff mula menyedari kekurangan diri dan kembali semula bersama keluarga.