fbpx

Kucing Ashraf Sinclair Mati Kerana Terlalu Rindukan Arwah

Selepas dua bulan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari memuat naik perkhabaran duka apabila kucing kesayangan arwah suaminya yang diberi nama Toni telah pergi buat selama-lamanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, BCL memberitahu kucingnya itu tidak mahu makan dan menjadi lemah selepas arwah suaminya meninggal dunia pada 18 Februari lalu. Kucingnya itu dipercayai mati kerana terlalu rindukan arwah Ashraf.

BACA: Bunga Citra Lestari Bakal Mula Bekerja Walaupun Masih Berduka

https://www.instagram.com/p/B_WgIIoFuCS/?utm_source=ig_embed

“Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan sukar bagi kamu. Tidak memahami apa yang berlaku. Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.

“Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami. Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang pada daddy di sana,” tulisnya.

Perkongsian BCL itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen turut bersedih serta mendoakan semoga BCL sekeluarga kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Allahyarham Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan jantung.