fbpx

Bunga Citra Lestari Bakal Mula Bekerja Walaupun Masih Berduka

Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair sudah pasti memberikan tamparan hebat buat Bunga Citra Lestari di atas kehilangan suami tercintanya itu. Difahamkan, sehingga hari ini, BCL masih setia mengunjungi pusara suaminya.

Biarpun masih berduka, BCL tetap profesional dimana dia bakal meneruskan pekerjaannya yang tertunda sebelum ini. BCL mengesahkan akan muncul di konsert penyanyi antarabangsa Ronan Keating di Jakarta Barat pada Sabtu ini.

BACA: Bunga Citra Lestari Belum Mampu Tidur

Menurut Rizky daripada Media Relation Fullcolor, maklumkan BCL akan meneruskan konsert tersebut.

“Walau sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konser bersama Ronan Keating,” katanya.

Selain muncul dalam konsert tersebut, BCL yang juga selaku juri Indonesian Idol 2020 akan kembali bertugas selepas selesai majlis tahlil arwah suaminya selama tujuh hari.