fbpx

“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi, Populariti”

Umum mengetahui baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang YouTuber memuat naik video melawat tempat pengebumian Allahyarham Siti Sarah sebagai kandungan di YouTubenya.

Perkara itu mendapat perhatian pengacara dan penyampai radio, Fedtri Yahya yang memberi teguran serta mengingatkan mengenai adab ketika menziarahi kubur.

BACA: Shuib Tiada Selera Makan, Masih Terpanggil Nama ‘Maid’ Yang Meninggal Dunia

“Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti,” tulisnya.

Menerusi satu entri di Instagram, Fedtri turut berkongsikan enam adab perlu dititikberatkan ketika melawat kawasan perkuburan antaranya disunatkan berwuduk, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Perkongsian Fedtri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berterima kasih di atas perkongsian tersebut yang disifatkan sebagai peringatan untuk semua.

Beberapa hari lalu, tular mengenai tindakan YouTuber, Aisar Khaled yang dikecam kerana menjadikan kematian dan lokasi pengebumian Siti Sarah sebagai konten untuk YouTube miliknya.

Bagaimanapun, selepas dikecam teruk, YouTuber berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan sudah pun memadam video berkenaan.