Pelakon Rita Rudaini berkata meskipun sudah bertahun berlalu namun masih ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kewujudannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata ada pihak yang berdebar apabila mendengar namanya serta mendakwa jika tidak suka mengapa perlu ‘memerhati’.

BACA: Airit Rayyan Komen ‘Tak Kenal’ Bapa, Rita Rudaini Respon “Saya Tak Ajar Tau” 

“Kuat juga rupanya aura Rita Rudaini. Bertahun-tahun  berlalu, tapi masih ada yang berdebar bila dengar nama, nampak gambar, atau sekadar tahu kewujudan. Kalau betul tak suka, kenapa masih sibuk memerhati? Pelik ek,” tulisnya.

Sementara itu, Rita berkata sejak dulu lagi dia dikecam dan difitnah namun kelak anak-anaknya yang akan melindunginya.

“Dari dulu kena hentam, difitnah, diuji. Sekarang anak-anak  dah besar. Mereka nampak sendiri air mata, penat lelah, jatuh bangun mommy. Jadi jangan hairan kalau mereka berdiri di depan untuk lindungi ibu mereka. Bayang mommy dulu yang dikejar, 

“Sekarang bayang anak-anak pun ada yang mula rasa tak senang. Nasihat kecil, kalau tak suka, jangan skodeng…Takut makin stres,” tulisnya.

×