fbpx

Kritikal Di ICU, Isteri Minta Doakan Mamat Khalid

Pengarah terkemuka tanah air, Mamat Khalid kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengadu sakit dada dan batuk, Jumaat lalu. Beliau kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Dalam perkembangan terbaru, isteri beliau, Hasmah Hassan memberitahu, suaminya itu dikomakan untuk membolehkannya berehat dan keluarga juga tidak dibenarkan untuk melawat.

BACA: Mamat Khalid Mahu Bikin Filem #PRU14

“Maaf ya, abang masih dikomakan untuk tempoh 48 jam. Sesiapa pun tak dibenarkan melawat,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Hasmah turut meminta kepada orang ramai terutama peminat karya Mamat Khalid untuk mendoakan suaminya itu agar kembali sihat.

Terdahulu, pada April 2017, Mamat Khalid pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor akibat kepenatan dan sesak nafas.