fbpx

Mamat Khalid Mahu Bikin Filem #PRU14

Semalam, selesai sudah hari Pilihan Raya Umum ke-14. Ramai selebriti turun padang untuk mengundi dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Tidak ketinggalan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengundi dalam pilihan raya yang hanya diadakan 5 tahun sekali.

BACA: Tak Sampai Seminggu, Rock Bro Kutip RM1.5 Juta

Menurut Mamat Khalid, suasana pilihan raya kali ini memang cukup berbeza dan keadaan pusat mengundi yang dipenuhi orang ramai membuktikan rakyat Malaysia sedar tentang pentingnya untuk mengundi.

“Pada abang yang bagusnya pilihan raya ini barulah keluar manifesto yang hanya akan menguntungkan kita (rakyat), tidak kiralah pihak mana tetapi yang pentingnya menguntungkan kita, itu petanda baik,” katanya kepada BH Online.

Tambah Mamat Khalid lagi, senario politik dan pilihan raya kali ini memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan sebuah filem berkenaan PRU14.

“Abang memang ada satu cerita khas untuk undi ini, tetapi apabila abang semak skrip abang takut abang kena tangkap nanti, tetapi ia cerita komedi.

“Dengan masyarakat sekarang ini yang lebih maju dan lebih faham abang akan buat juga cerita undi ini yang abang rasa banyak insiden yang lucu mencerminkan bagaimana kita rakyat begitu ghairah memilih tampuk kepimpinan baru,” ujarnya lagi.