fbpx

“Kritik Drama LGBT, Dalam Diam Layan Tumblr Malam-Malam”

Belum lagi ditayangkan di kaca televisyen, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mengangkat tema lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) membabitkan pusat tahfiz.

Bagaimanapun, penerbit drama tersebut iaitu Fadzil Zahari berkata mereka yang mengecam terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa mengetahui isi sebenar naksah tersebut.

BACA: Gara Gara Ustaz Hamadi, Azhan Rani Diugut Bunuh

Kontroversi mengenai drama itu turut mendapat perhatian pelakon berbakat besar, Azhan Rani yang menyifatkan mereka yang mengkritik itulah yang sebenarnya menjatuhkan agama dan bukannya mereka.

Kata Azhan lagi, golongan yang mengecam seolah mempunyai agenda sendiri kononnnya seperti membela agama tetapi dalam diam melayan media sosial artis atau pun Tumblr.

“Yang beria-ria menggelabah cipan ni pun masing-masing ada tujuan. Ada yang betul-betul tau apa dia cakap, ada yang bercakap sebab nak perhatian.

“Ada yang acah-acah kafir mengkafirkan orang copy paste hadis bagai lepas tu diam-diam stalk ig artis/model layan Tumblr malam-macam sebelum tidur.. Wallahualam.

Tambah Azhan lagi, tanggapan negatif seperti inilah yang membuatkan pengkarya tempatan takut untuk berkarya dan keluar dari kepompong dek kerana sikap netizen yang hanya tahu mengecam tanpa mengetahui isi cerita tersebut.

“Belum pun cerita keluar panggung menggelabah cipan puak-puak mufti filem ni menjatuhkan hukum walaupun dikhabarkan pihak berwajib dah pun bagi kelulusan.

“Kejap cerita tu menjatuhkan melayu kejap menjatuhkan agama. End up orang-orang tu buat cerita yang lebih kurang juga. Dok sibuk marah orang tak takut Tuhan ke, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut setan,” tulisnya.