fbpx

Gara Gara Ustaz Hamadi, Azhan Rani Diugut Bunuh

Lakonan cemerlang pelakon berbakat besar Azhan Rani sebagai Ustaz Hamadi menerusi drama popular Nur tenyata mendapat pujian ramai.

Watak antagonis yang dilakonkannya itu ternyata meninggalkan kesan besar kepada penonton sehinggakan pelakon itu menerima ugutan bunuh kerana membencikan watak tersebut.

BACA: Drama ‘Nur’ Menang Besar DFKL 2019

Bagaimanapun, Azhan Rani memberitahu dia sudah menjangkakan kecaman yang akan berlaku pada dirinya. Katanya lagi, dia beranggapan ugutan itu tidak mendatangkan bahaya pada dirinya.

“Gara-gara menjayakan watak yang sama dalam drama Nur 2 saya pernah menerima ugutan bunuh daripada netizen. Namun saya tidak merasakan ugutan itu sebagai merbahaya kerana ditujukan kepada karakter berkenaan.

“Apabila Ustaz Hamadi dibenci hingga pada tahap sebegitu, saya bersyukur lakonan itu berkesan dan diterima penonton,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Azhan memberitahu meskipun menerima pujian menerusi watak berkenaan, namun dia enggan terus menjayakan watak tersebut.

“Saya tidak mahu menjayakan watak Ustaz Hamadi kerana bersimpati dengan para kru dalam drama ini. Kami tidak mahu momen dalam drama Nur hilang selepas sambungan Nur dijayakan,” ujarnya.