fbpx

Kotak Mahu Berduet Dengan Shila Amzah Dan Yuna

Kumpulan Kotak yang didatangkan khas dari Jakarta, Indonesia mula dikenali menerusi pertandingan Dream Band di awal kemunculannya pada tahun 2004 masih kekal dengan genre moden rock mereka.

Ketika ditemui di majlis pelancaran album keempat berjudul ‘Terbaik’ kumpulan yang dianggotai Tantri (Vokalis) Cella (Drum) Chua (Bass) meluahkan keinginan untuk berduet bersama artis popular Malaysia Yuna dan juga Shila Amzah.

“Kami mengenali Shila Amzah kerana suaranya yang power, dan keunikan yang ada pada Yuna membuatkan kami berfikir kalau digabungkan pasti bagus,” kata Chua yang ditemu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur semalam.

Telah memenangi beberapa anugerah sepanjang sembilan tahun berada di dalam industri, Kotak yang pernah merakamkan lagu ‘Jetlag’ bersama kumpulan Simple Plan mengakui masih kurang popular di kalangan peminat muzik Malaysia.

“Kami masih belum rasa popular di sini kerana banyak lagu kami yang orang di sini tidak tahu. Untuk di Indonesia juga kami rasa banyak lagi perlu dipelajari dan diperbaiki”

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album Terbaik adalah Aku Yang Tersakiti rakaman semula duet bersama Judika, Tendangan Dari Langit, dan juga Tinggalkan Saja.