fbpx

Kontroversi Tak Gugat Cinta Shahir Dan Erra Fazira

Kontroversi yang melanda penyanyi Shahir yang juga merupakan finalis AF Megastar pada minggu lepas, bagaimanapun tidak menjejaskan hubungannya bersama pelakon jelita, Erra Fazira. Malah, Shahir menegaskan perkara tersebut adalah lumrah asam kehidupan bagi sesiapa yang bergelar anak seni.

BACA: Shahir AF Jelaskan Status Sebenar Dengan Mona

“Saya sendiri bercakap dengan dia (Erra) tak ada masalah, sebab tu dia sendiri pun rasa macam akhirnya kita sendiri tak faham dengan benda apa yang berlaku ni. Dia (Erra) hidup sebagai anak seni dia lebih faham tentang kehidupan seorang selebriti, yang akan adalah benda-benda macam ni”

“Jadi, saya ada bercakap dengan dia, dan dia faham akan situasi ini,” katanya yang ditemui sebaik sahaja selesai konsert final AF Megastar malam kelmarin.

Tambahnya, lagi kontroversi tersebut tidak menjejaskan secara keseluruhan persembahannya pada malam ini, malah sebelum ini juga Shahir turut berkata ada juga gosip-gosip yang cuba untuk menjatuhkan reputasinya.

“Alhamdulillah, sekarang orang nilai sendiri dan sebab tu saya tak terganggu dan teruskan kerja saya. Matlamat saya adalah untuk menghargai jasa peminat yang menyokong saya selama ini”

“Saya sebelum ini, bukannya kisah ini sahaja, ada juga kisah yang lain yang nak memalukan saya. Tapi saya serahkan pada Allah. Sebab saya kalau benda tak berapa besar, saya tak nak besarkan”

“Bukan pertama kali berhadapan dengan perkara seperti ini, saya harap benda ni sedikit sebanyak pengalaman dalam hidup,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)